FAMILY ON ALERT
Tarikh : 19.05.2012 (Sabtu)
Tempat : Dewan Kg.Air Kudat
Perasmi : YB.Datuk Teo Chee Kang (Adun N.2 Tg.Kapor, Kudat)
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang
yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan
dadah. Walaupun masalah dadah bermula dengan masalah individu tetapi ia juga
berkait rapat dengan masalah keluarga dan masyarakat setempat.
Strategi jangka
panjang ini bertujuan mewujudkan kesedaran kepada masyarakat untuk sama-sama
menangani permasalahan dadah di dalam komuniti setempat. Secara umumnya, anggota masyarakat perlu diberi
kefahaman dan kemahiran di dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah terutamanya
di kalangan ibubapa.
Dengan itu program ini diadakan Untuk memberi pengetahuan
dan kemahiran caragaya keibubapaan dalam membentuk sahsiah anak-anak dari
peringkat awal dan Program Family On Alert ini
dilaksanakan kepada keluarga yang berisiko supaya dapat menangani
masalah dadah dengan lebih berkesan.
Ucapan perasmian oleh YB.Datuk Teo Chee Kang
Johan pertandingan mencipta puisi "BENCI DADAH"
Penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat
Borak santai bersama Yang Berhormat
"KELUARGA BEBAS DADAH 2012"