Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS)
Tarikh : 05 hingga 08 Julai 2012
Tempat : Pusat Ko-Kurikulum Pinawantai Daerah Kudat, Sabah
Gambar Kenangan Bersama Peserta-peserta, Fasilitator & AJK Program SHIELDS 2012
Program ini telah berjaya dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kudat bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kudat pada 05 hingga 08 Julai 2012 di Pusat Kokurikulum Pinawantai Kudat. Turut membantu menjayakan program tersebut adalah pegawai-pegawai AADK dari Negeri Sabah, Beaufort,Tuaran, Sandakan, Labuan dan juga Tawau. Seramai 45 0rang peserta program yang terdiri dari sembilan buah sekolah sekitar Daerah Kudat iaitu SMK Kudat, SMK Kudat II, SMK Abd Rahim, SMK Abd Rahim II, SMK Lok Yuk, SMK Sikuati, SMK Sikuati II, SMK Matunggong dan SM ST.Peter.
- Strategi utama dalam menangani masalah dadah dalam
menghalang masalah dadah dari terus berleluasa dalam masyarakat adalah melalui pencegahan. Antara program yang perlu
difokuskan dalam strategi ini adalah melalui Institusi Pendidikan
- Pendidikan mengenai
bahaya dadah adalah merupakan kompenan asas dan penting dalam memastikan para
pelajar sekolah menengah agar bebas daripada pengaruh dadah. Justeru bagi
mereallisasikan matlamat ini beberapa program dan aktiviti terancang perlu
diambilkira.
Remaja
dan belia merupakan golongan yang paling ramai terlibat dalam penagihan dadah
di Malaysia. Mereka perlu diberi kesedaran tentang bahaya dadah dan intervensi
supaya mereka tidak terus terjebak dengan gejala tersebut. Oleh itu, program
seperti ini perlu diterapkan dengan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
mengenai gaya hidup sihat dan bagaimana menangani pengaruh negatif tersebut.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlangsung...