TARIKH : 17/06/2015 TEMPAT : KOTA MARUDU
AADK telah dijemput bagi menyertai Operasi Bersepadu bersama-sama dengan PDRM dan Jabatan Alam Sekitar. Operasi ini diketuai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Hasil operasi seramai 13 orang menjalani ujian saringan urin dan dua orang didapati positif dadah jenis syabu namun hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek yang pada awalnya mengaku mempunyai kad pengenalan diri tetapi tertinggal dirumah merupakan rekaan semata-mata bagi mengaburi pihak berkuasa. Kami mendapati kedua-dua suspek tiada kad pengenalan mahupun dokumen pengenalan yang sah. Oleh itu kes tersebut telah diserahkan kepada PDRM dan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment