Friday 2 February 2018

KOLEKSI RISALAH & POSTER











































AWAS....DIA datang

03/02/2018 - SUNNAH WALK sebuah aspirasi kasih sayang dan kepedulian. Bertempat di Kg.Pantai Bahagia Kudat, satu program yang dianjurkan oleh Sunnah Walk yang dipengerusikan oleh En.Irfan dan dibantu oleh Ustaz Zahari disamping mendapat kerjasama dari AADK Kudat telah berjaya dilaksanakan atas bantuan dan sokongan pemimpin-pemimpin masyarakat, agensi-agensi kerajaan/NGO sekaligus meraih komitmen penduduk setempat.

Cetusan idea Sunnah Walk ini telah membawa masyarakat, ibubapa khususnya untuk lebih memahami konsep penyalahgunaan dadah berdasarkan beberapa sudut iaitu rawatan pemulihan, perubatan, perundangan dan aspek keagamaan. Elemen-eleman ini telah disentuh oleh 4 orang Ahli Panel forum iaitu Fazilawati bt Aji, Ketua Pegawai AADK Kudat, Dr.Aliff Asyraf, Pegawai Kesihatan Klinik Kinarut, Inspektor Medisah, Pemangku Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Kudat serta Al-Fadhil Ustaz Amiruddin Mohd Arif, Pegawai JAKIM dari AADK Negeri Sabah. 

Program ini dirasmikan oleh Pengarah AADK Negeri Sabah, En.Bakri bin Bibi. Turut hadir bagi menyokong program ini ialah Naib Ketua Umno Bahagian Kudat En.Akram Ismail.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sharing Castello, Forum D.I.A, pertandingan mewarna kanak-kanak dan edaran risalah dan poster dari rumah ke rumah selaras dengan nama penganjur iaitu 'Sunnah Walk'.



Ucapan Perasmian Pengarah AADK Negeri Sabah, En.Bakri bin Bibi

Ucapan alu-aluan Ustaz Zahri (Pengerusi Sunnah walk)

Ucapan Ketua Kampung Pantai Bahagia Kudat

turut hadir menjayakan program En.Akram Ismail, Naib Ketua Umno Bahagian Kudat

Gimik Pelantikan Ahli Skuad 1Malaysia



Forum D.I.A

 Perkongsian Castello


 Jamuan (Rumah Kumpulan Zero Maharajalawak)





 Fazilawati bt Aji

Dr.Aliff Asyraf Salleh

 Inspektor Medisah

Ustaz Amiruddin Mohd Arif



 Acara pertandingan mewarna kanak-kanak






persembahan nasyid