Friday 27 January 2012

Program Keagamaan (Khutbah Jumaat)


Program ini telah dijalankan pada 20.01.2012 di Masjid As-Syakirin Daerah Kudat. Ustaz Amiruddin telah menyampaikan khutbah Jumaat pada hari tersebut.

  • Ustaz Amiruddin dari AADK Negeri Sabah sedang berehat sebelum menyampaikan khutbah beliau 




Risalah penyalahgunaan dadah & klinik cure & care juga turut di edarkan kepada orang ramai yang hadir.

Wednesday 25 January 2012

Rumah Kg.Pengaraban Kudat


Bahagian Depan CCH

Bahagian Belakang CCH

 Gelanggang Sepak Takraw


 Ruang dalam CCH



Tuesday 24 January 2012

 Klinik C & C / Rumah Komuniti / Pusat Khidmat
 AADK telah melaksanakan transformasi dengan penubuhan Klinik Cure & Care 1Malaysia yang berkonsepkan kesukarelaan, tiada ikatan perundangan, tiada pra syarat bagi sesiapa sahaja yang mempunyai permasalahan berkaitan penagihan dadah.
  • Merupakan Pusat Singgah atau Pusat Khidmat Harian
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh komuniti setempat dalam membantu program pemulihan dadah dalam komuniti
  • Pengurusan dijalankan oleh komuniti walaubagaimanapun AADK menjadi peneraju serta pemerhati segala aktiviti
  •  Sebuah institusi dikendalikan dengan lebih terbuka dan kondusif supaya dapat memainkan peranan penting dalam membantu mempercepatkan proses kepulihan dan seterusnya berupaya membantu bekas-bekas penagih menjalani hidup sihat tanpa dadah.
  • fungsi : pusat aktiviti harian, singgah masuk, penempatan sementara, pendampingan, pencelahan, khidmat nasihat dan rujukan






Pameran di Program Pandu Cermat ke arah Belia Sihat dan Kreatif anjuran Persatuan Belia Kudat kerjasama Pejabat Daerah Kudat dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen P167 Kudat pada 14 & 15 Januari 2012.


Program ini telah dirasmikan oleh YB.Dato Abd Rahim Bakri Ahli Parlimen 167 Kudat.






PROMOSI CURE & CARE - 
Program ini telah diadakan pada 25 Disember 2011 di Daerah Kudat. Program ini telah berjaya dilaksanakan oleh AADK Kudat bersama Klinik Cure & Care Papar dan AADK Negeri Sabah serta turut dibantu oleh ahli-ahli Bikers Kudat dan klien AADK Kudat sendiri.
Konvoi Jelajah Cure & Care ini telah dimulakan dari Pejabat Daerah Kudat ke 6 buah kampung yang terpilih sekitar bandar Daerah Kudat iaitu Kg.Air, Kg.Tg.Kapor, Kg.Pengaraban, Kg.Pantai Bahagia, Kg.Muhibbah dan Kg.Landung Ayang.



Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat kampung kerana dengan program ini mereka tahu tentang kewujudan AADK Kudat serta Klinik Cure & Care 1 Malaysia dimana mereka sedar masih ada jalan untuk mereka yang ingin pulih sepenuhnya dari gejala penyalahgunaan dadah ini.



Program ini telah disertai 10 orang ahli Kudat Bikers dan 10 orang klien AADK Kudat yang diketuai oleh PRS sendiri.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Puan Dayang Siti Rohani binti Sedan iaitu Penolong Pengarah AADK Negeri Sabah.