Thursday 18 October 2012

PROGRAM JELAJAH JANJI DI TEPATI
Tarikh    : 14 Oktober 2012 (Ahad)
Tempat  : Pusat Sukan Kudat
Perasmi :  YAB. Dato’ Sri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.


 Kudat, 14 Oktober 2012 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan Pameran Sempena Program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Sukan, Kudat, Sabah pada 14 Oktober 2012. Program dirasmikan oleh YAB. Dato’ Sri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadirber sama, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan pemimpin Persekutuan serta negeri. Ia dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung, terutama masyarakat dari daerah ini, Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu dan Kota Belud.
 Program membabitkan semua kementerian, jabatan dan agensi memberi perkhidmatan secara terus kepada rakyat amnya penduduk Sabah khususnya bagi penduduk Kudat. Pameran KDN melibatkan 6 jabatan dan agensi KDN, antaranya ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Ikatan Relawan Rakyat RELA. Dihadiri seramai 50,000 orang yang berkunjung di tapak Program Jelajah Janji Ditepati Kali ini. Pelbagai activiti yang telah diadakan seperti gusti lengan, dart, puzzle, kuiz dan sebagainya.
Antara aktiviti yang dijalankan :-











Thursday 4 October 2012

 

HIV juga sering dikaitkan dengan penagih dadah, kenapa???

Meskipun terdapat usaha Kerajaan untuk mencapai Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2015, kejadian penyalahgunaan dadah di Malaysia, terutamanya di kalangan bahagian masyarakat yang terpinggir dari segi sosioekonomi dan di kalangan pelajar dan golongan muda, terus meningkat.

  •                HIV ialah akronim kepada Human Immunodeficiency Virus. Ianya virus yang menyerang sistem pertahanan badan yang membuatkan mereka yang dijangkiti HIV menjadi lemah dan mudah terdedah kepadapelbagai penyakit.
Pembawa HIV dipanggil People Living with HIV (PLHIV). Apabila mereka dijangkiti penyakit-penyakit tertentu maka mereka dipanggil mengidap AIDS.

AIDS pula adalah akronim kepada Acquired Immunodeficiency Syndrome.

AIDS sering disalahfaham sebagai satu penyakit. Hakikatnya TIDAK kerana AIDS merujuk kepada sekumpulan penyakit yang biasa dihidapi oleh pembawa HIV. Ianya dinamakan Jangkitan Opportunistik (JO).

JO merupakan jangkitan yang “mengambil kesempatan” kerana kelemahan sistem daya tahan badan. Ada lebih kurang 30 JO yang diklasifikasikan sebagai AIDS.

JO hanyalah merupakan penyakit biasa yang mungkin dihidapi oleh sesiapa sahaja tetapi kerana mereka bukan pembawa HIV maka mereka tidak dipanggil pesakit AIDS.

Contohnya penyakit TB. Jika bukan pembawa HIV, mereka dipanggil pesakit TB tetapi jika pembawa HIV, mereka dikatakan mengidap AIDS.
Punca jangkitan HIV hanyalah melalui: 
  • Perhubungan seks tanpa kondom dengan orang yang telah dijangkiti HIV, di mana berlaku pemindahan cecair badan seperti air mani, air mazi, bendalir faraj atau darah (termasuk darah haid) dari tubuh orang yang telah dijangkiti HIV itu ke tubuh orang yang lain.
  •   Melalui darah yang telah dicemari dengan HIV, umpamanya melalui jarum suntikan yang tidak disteril, pemindahan darah dan organ-organ badan.
  •  Melalui ibu yang telah dijangkiti HIV kepada anaknya semasa kehamilan, kelahiran atau memberi susu badan.
  • Pemindahan darah / organ 
 HIV tidak akan berjangkit melalui sentuhan, bergaul, berkongsi makanan, tandas, peralatan, bersukan, berpelukan, ciuman dan apa sahaja selagi tidak melibatkan punca-punca di atas