Thursday 24 May 2012

FAMILY ON ALERT

Tarikh     : 19.05.2012 (Sabtu)
Tempat   : Dewan Kg.Air Kudat
Perasmi  : YB.Datuk Teo Chee Kang (Adun N.2 Tg.Kapor, Kudat)



                 Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Walaupun masalah dadah bermula dengan masalah individu tetapi ia juga berkait rapat dengan masalah keluarga dan masyarakat setempat. 
                 Strategi jangka panjang ini bertujuan mewujudkan kesedaran kepada masyarakat untuk sama-sama menangani permasalahan dadah di dalam komuniti setempat.  Secara umumnya, anggota masyarakat perlu diberi kefahaman dan kemahiran di dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan ibubapa.          
                  Dengan itu program ini diadakan Untuk memberi pengetahuan dan kemahiran caragaya keibubapaan dalam membentuk sahsiah anak-anak dari peringkat awal dan Program Family On Alert  ini dilaksanakan kepada keluarga yang berisiko supaya dapat menangani masalah dadah dengan lebih berkesan. 


Ucapan perasmian oleh YB.Datuk Teo Chee Kang 


Johan pertandingan mencipta puisi "BENCI DADAH"

Penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat


Borak santai bersama Yang Berhormat
"KELUARGA BEBAS DADAH 2012"
TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR PERKILANGAN

Tarikh : 15.05.2012 
Tempat : Kilang Sawit Borneo Samudera Sdn Bhd Langkon Kota Marudu

Isu dadah hangat diperkatakan dan telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara kerana menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membanteras dadah. Sehubungan dengan itu pada tahun 1983, kerajaan telah menetapkan Dasar Dadah Negara sebagai salah satu usaha untuk menghapuskan permintaan dan bekalan dadah. Dasar ini merangkumi keseluruhan usaha kerajaan melahirkan masyarakat tanpa dadah. 

 
Penyalahgunaan dadah di tempat kerja mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan harta benda dan menjejaskan imej organisasi. Penyalahgunaannya juga merupakan satu ancaman kerana penyalahgunaan dadah menjejaskan keupayaan untuk bekerja dengan selamat, membawa masalah kepada majikan dan menjejaskan imej organisasi serta produktiviti negara. 


Thursday 10 May 2012

POSITIVE VOICES OF TOMORROW'S LEADERS

Tarikh     : 10 Mei 2012 (Khamis)
Tempat   :  Dewan Pusat Latihan Dakwah Daerah Kudat

Pelajar IPT adalah golongan remaja/belia yang berpendidikan dan bakal menjadi pekerja dan pemimpin masyarakat. Pendidikan pencegahan dadah akan menjadikan mereka individu yang celik akal dan berkemahiran dalam membantu AADK dan negara amnya bagi membasmi dadah. Umum mengetahui bahawa pelajar IPT terdedah dengan pengaruh sosial yang berbilang bangsa dari dalam mahupun luar negara. Sehubungan itu, amat perlu bagi pelajar IPT mendapat bimbingan dan ketahanan jatidiri yang kukuh terhadap pengaruh negatif yang tidak diingini.





 Golongan pelajar IPT merupakan antara agen utama dalam membantu AADK, membanteras dadah kerana mereka adalah golongan yang berpelajaran dan berpengaruh dalam keluarga dan masyarakat. Kebanyakan pelajar IPT mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia dan teknologi maklumat. Kemahiran dan kepakaran ini boleh membantu AADK dalam membasmi penyalahgunaan dadah di era digital dan ianya sebagai satu obligasi kemasyarakatan daripada warga IPT

Para Peserta Program
 Sesi Ceramah dari AADK Kudat



 Sesi bual bicara bersama Penolong Pegawai Daerah Kudat & Timbalan Pengarah Klinik Cure&Care
 


 Penyampaian cenderahati kepada wakil Pusat Latihan Dakwah Kudat
 


 Penyampaian cenderahati kepada Penolong Pegawai Daerah Kudat
 



Sunday 6 May 2012

PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (Sektor Awam)
"Sihat Tanpa Dadah"

Tarikh   : 19 April 2012 (Khamis)
Tempat : Hospital Daerah Kudat
Peserta : Kakitangan Hospital Kudat

Pencegahan merupakan strategi utama dalam menangani permasalahan dadah dari terus mengancam masyarakat dan negara. Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang merangkumi pendidikan pencegahan dadah dan publisiti bagi memastikan tempat kerja bebas daripada penyalahgunaan dadah.





            Penyalahgunaan dadah di tempat kerja mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan harta benda dan menjejaskan imej organisasi. Penyalahgunaannya juga merupakan satu ancaman kerana penyalahgunaan dadah menjejaskan keupayaan untuk bekerja dengan selamat, membawa masalah kepada majikan dan menjejaskan imej organisasi serta produktiviti negara. 




PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
"JALAN-JALAN CARI ILMU"

Tarikh    : 06 - 07 April 2012
Tempat  : Klinik Cure & Care 1 Malaysia Papar, Sabah
Peserta  : 15 orang klien AADK Kudat






Program ini dilaksanakan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang perbezaan antara Klinik Cure & Care 1 Malaysia dan Pusat Penagihan Narkotik (PUSPEN). Peserta juga didedahkan dengan rawatan yang dijalankan di Klinik Cure & Care dan aktiviti-aktiviti harian para klien Klinik C & C.




* AKTIVITI KEAGAMAAN

 AKTIVITI RIADAH

SESI ICE BREAKING

RIADAH