Monday 24 July 2017

PENGUATKUASAAN

OPS CEGAH 2017
17 - 18 Julai 2017 : Ops cegah dilaksanakan hasil aduan awam yang diterima. Lokasi yang dikenal pasti ialah Kg.Tg.Kapor dan Kg.Landung Ayang Kudat. Hasil daripada ops tersebut telah berjaya menahan 10 orang suspek dan hasil ujian saringan urin mendapati kesemua OYDS positif dadah jenis syabu. Air kencing semua suspek telah dihantar ke Makmal dadah untuk pengesahan dan tindakan selanjutnya.



PROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI BULAN MEI 2017

#MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPULIHAN SEPANJANG HAYAT



#PROGRAM KEAGAMAAN / PENGURUSAN JENAZAH
 

#KHIDMAT MASYARAKAT


#PROGRAM KERJAYA



#SHARING IS CARING

PROGRAM PENCEGAHAN

PROGRAM PINTAR 2.0
TARIKH : 24 - 26 MEI 2017
TEMPAT : SK.SUNSUI KOTA MARUDU
PESERTA : 50 ORANG

Program ini bertujuan untuk mendidik dan mendedahkan murid-murid sekolah renrah tahap 2 tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta kesan terhadap individu keluarga masyarakat & negara.
Turut membantu dalam menjayakan program ini ialah warga SK.Sunsui, AADK Tuaran, AADK Labuan, AADK Ranau, AADK keningau serta AADK Negeri Sabah.









Sunday 23 July 2017

PROGRAM PENCEGAHAN

PROGRAM SKUAD 1MALAYSIA
Tarikh : 19 Mei 2017
Tempat : Hospital Kota Marudu


PROGRAM PAMERAN ANTIDADAH
Tarikh : 23 Mei 2017
Tempat : Dewan terbuka Matunggong


PROGRAM SKUAD 1MALAYSIA 
Tarikh : 13 Mei 2017
Tempat : Mini Dewan Pejabat Daerah Kudat
Anjuran : KRT Kudat

PROGRAM PENCEGAHAN


PROGRAM SAYANGI HIDUP ELAK DERITA SELAMANYA (SHIELDS)
TARIKH : 05-07 MEI 2017
TEMPAT : SMK ABDUL RAHIM II, KUDAT

Program ini telah melibatkan 11 buah sekolah menengah seluruh Daerah Kudat. Terima Kasih diucapkan kepada pengetua SMK Abdul Rahim atas layanan dan kemudahan yang diberikan sepanjang program...terima kasih.







Tuesday 25 April 2017

INFO DADAH & PENYALAHGUNAAN DADAH




Pengenalan Dadah


Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperoleh secara haram
  • Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :
  • Opiat dan Opiat sintetik
  • Stimulan
  • Ganja
  • Halusinogen
  • Depresen
  • Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

#sumberdariUSIM



PROGRAM BULAN MAC 2017

# PENCEGAHAN

TEMPAT KERJA BEBAS DADAH :
Objektif  program ini antaranya ialah mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.

SEKTOR AGRONOMI
02 MAC 2017 (Kilang Sawit Kinabalu) - Program tempat kerja bebas dadah sektor agronomi ini telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama dengan pihak Syarikat Sawit Kinabalu. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini.




SEKTOR AWAM
09 MAC 2017 (Pejabat Pendidikan Kudat) - Program tempat kerja bebas dadah sektor awam ini telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama dengan pihak PPD Daerah Kota Marudu. Seramai 35 orang peserta telah menyertai program ini.

TOMOROW'S LEADERS :
08 Mac 2017 (Kolej Komuniti Kota Marudu) - Program  ini telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama dengan pihak Kolej Komuniti Daerah Kota Marudu. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program .Objektif  program  antaranya ialah memberika life skill yang berguna untuk masa depan.




MAHABAH :
Objektif  program  antaranya ialah memberikan pendedahan bahaya penyalahgunaan dadah di sudut agama.

03 Mac 2017 - Masjid Al-Akmal Kg.Landung ayang Kudat



10 Mac 2017 - Masjid As-Syakirin Kudat



17 Mac 2017 - Masjid Ar-Riyasi Kg.Tg.Kapor Kudat



24 Mac 2017 - Masjid Kg.Pengaraban Kudat

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH :
Objektif  program  adalah bagi mendedahkan pelajar sekolah tentang penyalahgunaan dadah  dan trend terkini kemasukan dadah ke sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan.

07 Mac 2017 - SK.Panudahan Kudat



.16 Mac 2017 - SK.St.James Kudat


# RAWATAN DAN PEMULIHAN

MATRIK :
Program ini dilaksanakan setiap bulan ke atas Orang Kena Pengawasan (OKP) dimana mereka akan diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut mentor masing-masing yang terdiri dari bekas-bekas penagih yang telah tamat pengawasan dan mempunyai prestasi kepulihan yang baik serta memberangsangkan.

28 Mac 2017 - Rumah Komuniti Kudat
30 Mac 2017 - Pentas terbuka Kota Marudu



OUTREACH / HOME VISIT :
30 Mac 2017 - Program ini dilaksanakan ke atas OKP untuk memantau aktiviti harian OKP.