Wednesday 15 June 2016

PROGRAM MINGGU ANTIDADAH

Tarikh : 26 Mei 2016
Tempat : SRK ST James Kudat

AADK Kudat telah dijemput oleh SRK ST James untuk mengadakan pameran antidadah sempena minggu antidadah.





PROGRAM SINAR

Tarikh : 14 Mei 2016
Tempat : Pejabat Daerah Kudat

Program ini dilaksanakan bersama-sama keluarga OKP. Penceramah jemputan ialah Ustaz Agus Kurniawan iaitu merupakan seorang penceramah bebas di Daerah Kudat. Isu yang dibangkitkan adalah peranan keluarga dalam kepulihan klien..selain itu penceramah juga menerangkan kepentingan agama dalam diri seseorang dalam proses kepulihan dadah tidak kira agama mana sekalipun.




Didalam program itu juga, beberapa anugerah OKP Tahun 2015 juga disampaikan oleh Ketua Pegawai AADK Kudat. Anugerah tersebut diberikan kepada klien bagi menyuntik semangat klien sekaligus menunjukkan kepada klien bahawa AADK begitu komited dalam membantu kepulihan klien. Sungguhpun anugerah tersebut tidaklah sebesar mana seperti Anugerah2 di kaca-kaca TV namun anugerah itu adalah anugerah ikhlas dari kami dan mempunyai 1001 makna disebalik anugerah tersebut.