Wednesday 11 May 2016

TEMPAT KERJA BEBAS DADAH

TARIKH : 09 MEI 2016
TEMPAT : HOSPITAL PITAS

Program ini merupakan satu program pencegahan dadah bagi tempat kerja untuk mendedahkan para peserta langkah-langkah pencegahan bebas dadah di tempat kerja. antara aktiviti ayang dijalankan ialah ceramah, pameran dan ujian urin.


TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR AWAM :



TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR SWASTA
(SEDAFIAT SERVICES)




PROGRAM KESIHATAN & PSIKO PENDIDIKAN

TARIKH : 07 MEI 2016
TEMPAT : PEJABAT KESIHATAN KOTA MARUDU

"VIRUS PEMBUNUH SENYAP"

Program ini dilaksanakan ke atas Orang Kena Pengawasan (OKP) bagi memberi pendedahan tentang bahayanya virus HIV yang sehingga kini masih belum dijumpai penawarnya. Program ini juga mendapat kerjasama baik dengan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Kota Marudu.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada yang terlibat.


PROGRAM INSTITUSI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

TARIKH : 03 MEI 2016
TEMPAT : SMK SIKUATI KUDAT

Antara pengisian sepanjang program ialah ceramah, pameran dan sedikit perkongsian bersama bekas-bekas penagih dadah yang berjaya pulih dan keluar dari cengkaman najis dadah.
 setinggi penghargaan diucapkan kepada yang terlibat terutamanya AADK Ranau yang membantu.




PROGRAM KELUARGA BEBAS DADAH

TARIKH : 27 APRIL 2016
TEMPAT : RUMAH KEBUDAYAAN KOTA MARUDU

Program Keluarga Bebas Dadah atau Family On Alert ini dilaksanakan bagi memberi info-info terkini tentang penyalahgunaan dadah yang akan memberi kesan buruk kepada keluarga khususnya. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang program iaitu, senam robik, mewarna, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan juga ceramah yang disampaikan oleh Ketua Unit JSJN Kota Marudu.







PROGRAM KHIDMAT BAKTI MASYARAKAT

TARIKH : 26 APRIL 2016
TEMPAT : DEWAN KOMUNITI KOTA MARUDU

Jemputan pameran dari Jabatan Kastam sempena program Khidmat Bakti Mayarakat.

PROGRAM MATRIK

TARIKH : 23 APRIL 2016
TEMPAT : PENTAS TERBUKA KOTA MARUDU

Program ini dilaksanakan sekali dalam sebulan ke atas OKP dan diwajibkan hadir seperti yang terkandung dalam surat perintah..




PERKONGSIAN DARI HATI KE HATI

TARIKH : 21 APRIL 2016
TEMPAT : SMK KUDAT 

Dilaksanakan sempena Minggu UBK SMK Kudat 2016. Perkongsian ini mendapat maklumbalas positif dan mendapat perhatian para pelajar terutamanya kisah hidup seorang bekas penagih tersebut.



INSTITUSI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

TARIKH : 20 APRIL 2016
TEMPAT : SK.PEKAN II KUDAT

Program ini dilaksanakan atas jemputan dari SK.Pekan II Kudat sempena minggu antidadah. Ceramah dan Pameran adalah antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program tersebut.




LAWATAN KE RUMAH / HOME VISIT

TARIKH : 17 APRIL 2016
TEMPAT : KG.TG.KAPOR KUDAT

Lawatan dilaksanakan hasil daripada aduan awam. Pengadu memohon agar anak saudaranya diberi rawatan sewajarnya memandangkan klien tersebut masih muda seusia 14 tahun. Hasil dari lawatan tersebut, klien kini masih dalam tindakan.


SEMINAR KERJAYA PELUANG DAN RUANG / MATRIK / KHIDMAT MASYARAKAT

TARIKH : 13 APRIL 2016
TEMPAT : RUMAH KOMUNITI PENGARABAN KUDAT

Dilaksanakan bersama-sama Pejabat Kesihatan Kudat dan juga TEKUN Nasional bagi memberi info-info terkini tentang penyakit berjangkit dan peluang-peluang kerjaya kepada klien.
Disamping itu, antara aktiviti yang dijalankan adalah khidmat masyarakat iaitu membersihkan kawasan Rumah Komuniti untuk kegunaan masyarakat setempat.



Tuesday 10 May 2016

PROGRAM KESIHATAN / HIV

TARIKH : 09 APRIL 2016
TEMPAT : SURAU PEJABAT DAERAH KUDAT

"VIRUS PEMBUNUH SENYAP"

Program ini dilaksanakan ke atas Orang Kena Pengawasan (OKP) bagi memberi pendedahan tentang bahayanya virus HIV yang sehingga kini masih belum dijumpai penawarnya. Program ini juga mendapat kerjasama baik dengan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Kudat yang diketuai oleh En.Eauvanne.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada yang terlibat.



SESI KAUNSELING

TARIKH : 12 APRIL 2016
TEMPAT : PEJABAT AADK KUDAT

Dilaksanakan dengan kerjasama pihak PAROL.. 



INSTITUSI PENDIDIKAN & TEMPAT KERJA BEBAS DADAH

TARIKH : 11 April 2016
TEMPAT : Kolej Komuniti Kota Marudu

Program ini telah dilaksanakan atas kerjasama Kolej Komuniti Kota Marudu bagi mendedahkan kepada staf dan pelajar khususnya tentang bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri, orang lain, masyarakat dan negara.