Saturday 24 November 2012

USAHA SELAGI ADA HARAPAN

(Episod 2)


Aku seperti tidak percaya melihat orang yang berada di depanku ini terlibat dengan penagihan. Aduh...masih muda lagi, sayang sekali disebalik rupa paras yang tampan rupanya dia sia-siakan hidupnya selama 9 tahun bergelumang dengan najis dadah.. memang benar kata ibu Aidil, dia seorang yang pendiam. Terdetik dihati ini untuk membantu Aidil kembali ke pangkal jalan seperti yang diharapkan keluarganya sebelum ini.. Macam aku ni baik sangat pula nak ajak orang kembali ke pangkal jalan..haha..tapi apa pun aku cuma nak ajak dia tinggalkan alam penagihan dan mulakan hidup baru memandangkan dia masih muda lagi. Tahun 2012, genap la sudah umur Aidil 21 tahun. Aku mula beramah mesra dengannya. Kami saling bertukar nombor telefon. Agak susah sedikit untuk mendekati Aidil disebabkan sikapnya yang selalu dingin. Apa yang ku lihat dan dengar dari keluarga Aidil, dia memang ramai kawan dan disebabkan kawan juga la dia mula berjinak-jinak dengan dadah. Malahan dia pernah melakukan jenayah seperti mencuri kereta. Dia juga pernah dimasukkan di penjara kepayan Kota Kinabalu sebanyak dua kali atas kesalahan mengambil dadah namun dia tetap tidak pernah serik. 
                    Kami sering berhubung melalui telefon,kadang-kadang dia selalu menghantar sms untuk berborak tentang penagihan. Macam-macam isu dia kongsikan.  Dia mempunyai kisah hitam yang dia tidak akan pernah lupakan seumur hidupnya. Disebabkan kisah hitam itulah dia mengambil dadah jenis syabu bagi menghilangkan rasa tekanan dan rasa sakit pada dirinya. Aku cuba untuk menjadi pendengar terbaik buatnya. Tetapi aku tidak dapat kongsikan tentang kisah hitam Aidil kerana dia mohon untuk tidak menceritakan tentang itu. Sedih juga mendengar kisah hitam Aidil,aku dapat bayangkan jika aku berada ditempatnya, adakah aku boleh bertahan menghadapi masalah yang dihadapi Aidil? Selama dia bergelumang dengan dadah, Aidil tidak tahu ke mana sebenarnya hala tujunya. Apa sebenarnya yang dia mahu. Perasaan dan jiwa kacau sering menghantuinya. Aidil selalu meminta wang ibunya untuk mendapatkan bekalan dadah. Dia tidak pernah duduk berborak bersama keluarganya seperti keluarga-keluarga lain, apatah lagi berbual dengan ayahnya. Dia sering lebihkan rakan-rakan sepenagihannya berbanding keluarganya. Aidil juga seorang penagih alkohol, meminum air syaitan itu merupakan rutin harian bersama rakan-rakannya. Waktu siang adalah malam baginya dan begitu juga sebaliknya. Aidil sebenarnya ingin berubah tetapi dia tidak tahu dimana dia harus bermula untuk perubahan itu. Dia pernah beritahu aku "sebenarnya kak, aku mahu berubah tapi tiada seorang yang mahu bantu aku berubah..." nampaknya aku datang tepat pada masanya..Aku terfikir adakah kurang perhatian keluarga menyebabkan dia sukar untuk berubah? Tapi sikapnya yang degil, sering keluar rumah menyebabkan keluarganya sukar untuk menasihatinya.
                 Keesokan harinya, aku mula berborak dengan Aidil tentang pemulihan. Aku memperkenalkan kepada Aidil tentang Klinik Cure & Care 1 Malaysia. Mulanya agak sukar dia menerima rawatan di klinik. baginya perubahan itu bergantung pada individu itu sendiri. baginya dia boleh berubah jika berada diluar,yang penting ada orang menyokongnya. Kami mula membahaskan tentang proses kepulihan dadah ini. Bermacam-macam alasan dia berikan agar dia tidak dapat masuk ke klinik. Ikutkan hati aku pun dah malas nak pujuk orang untuk berubah ni tapi aku tabahkan juga hati ni untuk menghadapi karenah Aidil demi tugas yang telah di amanahkan kepadaku, apatah lagi harapan keluarga Aidil yang diberikan kepadaku. Aaaa...cobaan...aku cuba lagi untuk memujuk Aidil,tak habis-habis dah aku berceramah ni...aku beritahu Aidil tentang harapan ibunya untuk melihat dia berubah dan kembali seperti Aidil dulu sebelum dia menutup mata...Aidil terdiam seketika...mungkin dia tersentuh bila aku ceritakan tentang ibunya..."kita mulakan perubahan kamu dulu di klinik ya?" Aidil diam membisu...Akhirnya, dia mengangguk perlahan-lahan tanda setuju...Alhamdulillah dia setuju juga akhirnya..nampaknya masih ada harapan.Aku gembira sangat sebab berjaya pujuk dia. Usaha selagi ada harapan..itu yang ku dapat ungkapkan kepada keluarganya.

                  Ayah dan ibu Aidil tersenyum-senyum memandang kami siap melambai-lambai tangan lagi ketika menaiki kereta AADK untuk turut serta menghantar Aidil ke Klinik Cure&Care 1 Malaysia Papar. Aidil sempat menoleh ke belakang dan memandangku. Aku yakin dia mesti ingin ucapkan terima kasih kepada aku..Aaahh..prasan betul lah aku ni..hehehe...tapi didalam hatiku berbisik 'Usaha selagi ada harapan Aidil'... Susah untuk kita mengubah seseorang sebab kita sendiri pun belum tentu lagi baik sangat..hahaha...tapi banyak yang ku dapat selama aku menjalankan tugas sebagai pegawai AADK, aku mula belajar bagaimana untuk mengawal emosi, mengurus tekanan dan macam-macam lagi. Aku mula tahu apa itu erti kehidupan, kebebasan, pengorbanan, perjuangan dan kesabaran. Pelbagai masalah yang aku sudah hadapi, perbagai dugaan yang aku telah tempuhi, pelbagai kesilapan juga yang aku telah lakukan. Aku manusia biasa juga yang tidak akan dapat lari dari dilanda masalah. Kesilapan itu juga lah mematangkan fikiranku. 

                  "bangun...ko enda pi keja kah? Jam 6 dah ni"...Aduiiiii....letihnya badan...seperti biasa aku mulakan rutin harianku. "makkk...aku gerak dulu ya" makasi mak sebab siapkan bekalan makanan untuk aku..hehehe.. makku cukup memahami, dia tahu aku memang malas nak makan waktu tengah hari.. bukan malas apa pun, aku tidak suka turun tangga dari tingkat tiga tu nak pi cari makan..hahaha...dalam perjalanan, tiba-tiba aku dihubungi oleh seseorang.."cik dimana?aku mau lapor diri ni" aduh...lewat lagi... Tiba di pejabat sahaja, aku didatangi oleh dua orang pemuda. Mungkin dia la ni yang kol aku tadi..bisik hatiku.. Aku senyum melihat mereka. "lapor diri?" mereka mengangguk.aku mula lah untuk menjalankan prosedur lapor diri ke atas mereka..aku mula bertanyakan perkerjaan mereka..tiba-tiba seorang ni bersuara "kak tau ka, gara-gara AADK la masa depan aku gelap..macam mana mau dapat kerja kalau da berekod gini!" Ya Allah... berdesing telingaku mendengarnya..kalau lah aku boleh jadi raksasa tadi, mau ku telan jak mereka ni... dengan senyuman menawan aku bersuara "kamu nak salahkan AADK?gitu?kalau kamu tidak ambil syabu kamu tidak akan berekod pun dengan kami,kamu tau kan ambil dadah satu kesalahan? jadi kenapa ambil? kami cuma jalankan tugas kami...Jangan pernah salahkan kami masa depan kamu gelap, kalau mau masa depan yang cerah janganlah libatkan diri dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral..kamu boleh pikir sendiri..kamu pelajar kolej bukan budak sekolah rendah pun.." panjang lebar aku membebel.. hahahaha.. aku membelek-belek failnya, Ya Allah...rupanya dia... (episod 3)

Friday 23 November 2012

USAHA SELAGI ADA HARAPAN

USAHA SELAGI ADA HARAPAN
(Episod 1) 
Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah TETAPI mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah 
Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah
              Bermulanya perjalanan kerjayaku sejak tahun 2008 lagi, bermacam-macam ku harungi demi tanggungjawab yang telah diberikan kepadaku. Kadang mengeluh juga dengan bebanan tugas yang semakin bertimbun tetapi harusku ingat juga inilah jalan yang ku pilih sendiri. Ahhh....aku mesti boleh harungi semua dugaan ini. Aku masih ingat lagi di hari pertama melapor diri di Kota Kinabalu, mantan pengarah pernah berkata "sapa suru pilih kerja ni, kamu yang datang sendiri bukan kami yang cari.." pasti ku ingat ayat ni bila dilanda masalah kerja.Tapi mak ku selalu ingatkan "bersyukur la nak dengan apa yg ada sekarang ni,ramai lagi orang diluar sana yang berkelulusan tinggi yang masih belum dapat kerja, jadi sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi kita tidak kira la banyak atau sedikit."
            Kugagahi juga tubuh ini masuk ke keretaku yang sememangnya menjadi temanku ke mana sahaja untuk melaksanakan tugas. Lagu Bertamu Dikalbu jadi penghiburku sepanjang perjalanan. alangkah bagusnya kalau aku ada pemandu peribadi,siap dengan bodyguard lagi. Wah mesti best. tiba-tiba khayalanku dimatikan oleh bunyi telefon bimbitku..Alamak rupanya reminder...terkejut gue..Hari ini aku diberi tugas untuk membuat lawatan ke rumah (outreach) klien yang terpilih,dimana mereka ini adalah klien yang telah dikenalpasti tahap kepulihan mereka begitu baik sekali selepas menerima rawatan di Klinik Cure & Care 1 Malaysia. Aku masih teringat lagi bagaimana masyarakat sering mempersoalkan isu kepulihan seorang penagih dadah. Masih jelas lagi di memori otak ini soalan-soalan yang selalu menghujani kami setiap kali membuat pameran atau program-program pencegahan "Comfirm boleh pulih kah kalau masuk klinik? penagih dadah boleh dipulihkan kah? berkesan kah klinik itu?" macam-macam lagi soalan cepu emas yang kami terima. ada juga yang beranggapan masuk klinik buang masa sahaja, bina klinik buang duit kerajaan sahaja, ada juga yang sanggup berkata "tembak sahaja penagih itu habis kes, tak payah masuk klinik".. pedih juga telinga ni mendengar... mereka manusia juga, walaupun banyak jenayah-jenayah yang berlaku melibatkan penagih dadah tapi harus di ingat bukan semua yang begitu.
          Susah juga nak memahami fi'il setiap manusia di dunia ni. Tapi yang jelas sekali disini, sebut sahaja penagih dadah ramai yang akan berfikiran negatif. Aku pernah bertanya dengan diriku sendiri "bolehkah seorang  penagih ini berubah?" di sini lah bermulanya sifat ingin tahu itu menguasai mindaku. Terdetik dihati ingin membuat testimoni untuk rawatan dan pemulihan bagi seorang penagih dadah.. Ingat produk kecantikan sahaja  yang ada testimoni, AADK pun ada testimoni tau...hehehe..
Disinilah juga aku berkenalan dengan Aidil (bukan nama sebenar) seorang yang pernah terlibat dengan penagihan. rupa-rupanya dia merupakan adik kepada teman sekolahku dahulu. Terdetik dihati ini ingin membantu selagi terdaya. Aku selalu ingatkan kepada keluarganya  "Perubahan seseorang itu bergantung kepada individu itu sendiri tetapi tanpa sokongan yang kuat agak susah untuk membuat perubahan, apatah lagi yang sudah melibatkan dadah" angguk-angguk juga keluarganya mendengar aku berceramah ringkas sekejap. Lega hatiku akhirnya mereka faham juga apa yang ku sampaikan..Alhamdulillah.. aku terangkan juga 'Apa sokongan yang dimaksudkan'.. saat itu juga la aku terangkan sokongan itu seperti sokongan dari orang yang terdekat seperti keluarga dan yang paling baik sekarang adalah sokongan dari AADK. Mula la aku terangkan perkhidmatan Klinik Cure & Care 1 Malaysia. macam saleswoman dah aku...hahaha..tapi aku bukan saleswoman ok...Aku tekankan sekali lagi KAMI CUMA MEMBANTU apa yang patut.

Aku mula mendengar cerita dari sahabatku bersama ibunya... menyayat hati juga bila ku dengar cerita mereka. Adui...aku tak boleh dengar cerita sedih mesti mau nangis...apa lagi bila melibatkan ibubapa...tapi ku tahan juga..keesokan harinya aku dibawa berjumpa dengan Aidil (bukan nama sebenar), Aduh...tergamam aku....   
(BERSAMBUNG episod 2)



Monday 19 November 2012

PROGRAM LAWATAN KE RUMAH (OUTREACH)
Program "Apa Khabar Kamu Sana bah..."

Kami Prihatin Kami Sedia Membantu


Program ini sangat bermakna kerana kami boleh melihat perkembangan klien-klien kami sepanjang menjalankan pemulihan bersama kami terutamanya bagi klien-klien yang baru keluar dari Klinik Cure & Care 1 Malaysia. Selain itu juga, kami boleh mengenali dan mengetahui latar belakang klien disamping berkenalan dengan ahli keluarga klien tersebut. Tambahan lagi, kami boleh melihat aktiviti-aktiviti klien ketika berada di rumah. mengenali mereka dengan lebih dekat lagi membolehkan kami mengenal pasti punca masalah yang dihadapi klien.




MESYUARAT PENYELARASAN ARAHAN PENGAWASAN & STATISTIK BAGI AADK KUDAT DAN PDRM
Tarikh : 19 November 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah

Mesyuarat penyelarasan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah berjaya dilaksanakan. Turut hadir semasa mesyuarat tersebut adalah Tuan Nani Sikin (Timbalan Pengarah AADK Negeri Sabah), Puan Fazilawati bt Aji (Ketua Daerah AADK Kudat), Chief Inspektor.Juriaman bin Tiur (Ketua Cawangan JSJN IPK Kudat), Muhamad Rodzaid (R.O.T JSJN (3)), dan Azuan Kasim (R.O.T JSJN (2)).

Antara isu yang dibincangkan adalah Statistik Orang Kena Pengawasan (OKP) AADK & PDRM, Pematuhan syarat-syarat sek.6(2) (a-f) APD (Rawatan dan Pemulihan) 1983 serta prosedur tamat tempoh pengawasan.

Banyak isu penting yang telah berjaya dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Pihak PDRM juga telah bersetuju untuk memberi kerjasama kepada AADK Kudat bagi mencapai wawasan iaitu Mewujudkan Masyarakat Malaysia Yang Bebas Dari Dadah.