Wednesday 11 June 2014

OPERASI BERSEPADU

Tarikh   : 10 Jun 2014
Tempat : Kota Marudu, Sabah

Operasi ini turut disertai oleh JPJ, PUSPAKOM dan PDRM.






 Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.. Sekian

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

"Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah TETAPI mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah "

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dilaksanakan tiga kali sebulan bagi AADK Kudat mengikut kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan kepada empat dimana kumpulan tersebut akan diketuai oleh seorang Mentor yang terdiri dari Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Mentor ini merupakan role-model bagi klien-klien baru yang masih lagi dalam proses kepulihan dadah. 

Namun, mentor ini juga sentiasa diingatkan agar mengekalkan prestasi kepulihan memandangkan proses kepulihan dadah ini adalah sepanjang hayat.






PROGRAM SAYANGI HIDUP ELAK DERITA SELAMANYA

PROGRAM SHIELDS

TARIKH     : 28-30 MEI 2014
TEMPAT    : PUSAT KO-KURIKULUM PINAWANTAI KUDAT SABAH

Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya
telah dilaksanakan pada 28 hingga 30 Mei 2014 di Pusat Ko-Kurikulum Pinawantai Daerah Kudat kerjasama bersama PEMADAM & PPD Kudat...

Program ini juga turut disertai oleh ahli-ahli Skuad 1Malaysia Kudat, guru-guru, CCRC Papar & AADK Negeri Sabah...

Program ini adalah salah satu program dibawah program-program Institusi Pendidikan dimana sasaran peserta ialah pelajar sekolah menengah lingkungan umur 13 hingga 18 tahun.

Objektif program ini adalah memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah disamping memperkasakan keupayaan dan komitmen sekolah dan keluarga dalam membimbing ppelajar mengatasi masalah berkaitan dadah. Program ini juga menerapkan semangat cinta akan Negara Malaysia melalui slot patriotisme dan pengurusan diri melalui slot motivasi yang disampaikan oleh Puan Suzana bt Piney.

























JOM KE FACEBOOK KAMI UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR PROGRAM SHIELDS YANG LAIN  https://www.facebook.com/aadkdaerah.k.sabah