Tuesday 26 April 2016

PROGRAM MAHABAH & MATRIK

Tarikh : 13 Mac 2016
Tempat : Surau Pejabat Daerah Kudat
Tajuk Program : Solat Tiang Agama

Program ini dilaksanakan bagi mengulangkaji semula asas-asas dalam mengukuhkan pedoman agama dalam diri seseorang terutamanya dalam proses kepulihan dadah. Sasaran peserta adalah dikalangan klien atau Orang Kena Pengawasan (OKP) dimana agama itu memainkan peranan penting dalam prestasi kepulihan.


PROGRAM INSTITUSI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Program ini telah dilaksanakan bersama PPD Daerah Kudat ke atas semua sekolah menengah di Daerah Kudat bagi mencegah penyalahgunaan dadah peringkat sekolah selaras dengan slogan 'Mencegah lebih baik dari merawat'. Pelajar didedahkan tentang kesan-kesan penyalahgunaan dadah terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu pelajar juga didedahkan bagaimana cara terbaik untuk mengesan dadah iaitu melalui ujian air kencing.