Sunday 29 September 2013

PROGRAM KELUARGA BEBAS DADAH & SEHARI BERSAMA PEMIMPIN

FAMILY ON ALERT (FOA)
Tarikh   : 29.09.2013 (Ahad)
Tempat : Balai Raya Kg.Kampar Kota Marudu Sabah
Perasmi : YB Anita Baranting, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN N.5 Tandek Kota Marudu

              Program ini dilaksanakan bagi bertujuan mendedahkan masyarakat setempat tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta perkhidmatan Klinik Cure & Care 1Malaysia. Program ini telah mendapat kerjasama dari ketua kampung dan JKKK bagi enam buah kampung yang terlibat iaitu Kg.Kampar, Kg.Popok Darat, Kg.Popok Laut, Kg.Salaping, Kg.Parung dan Kg.Mengkupa. Kehadiran kami disambut baik oleh semua penduduk kampung yang hadir.
             Penduduk kampung telah di dedahkan tentang bahayanya penyalahgunaan dadah pada masa kini yang semakin berleluasa. Mereka juga disarankan untuk turut sama berganding bahu bagi membanteras gejala dadah ini.











PROGRAM OUTREACH BERSAMA PEMIMPIN

Tarikh   : 29.09.2013 (Ahad)
Tempat : Kg.Korongkom-Kg.Salaping-Kg.Sumbilingon, Kota Marudu Sabah
Perasmi : YB.Anita Baranting, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna

Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pemimpin dengan masyarakat setempat sekaligus dapat melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh sesetengah penduduk dan sama-sama mencari solusi bagi mengatasi masalah tersebut.










Tuesday 24 September 2013

TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR AWAM

Program pencegahan di tempat kerja telah dilaksanakan pada 03 September 2013 di Hospital Daerah Kudat dan 10 September di Hospital Daerah Kota Marudu. Objektif program ini adalah menyampaikan maklumat bagi penyalahgunaan dadah dikalangan kakitangan awam dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil oleh individu serta majikan.
                Program sebegini sangat penting kerana ancaman dadah musuh no.1 negara ini sangat berbahaya kepada individu,keluarga,masyarakat dan negara. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak samada kakitangan awam atau bukan kerana masalah ini boleh memusnahkan masa depan generasi akan datang jika tidak dibendung. Ancaman dadah juga tidak mengenal siapa pun samada kaya atau miskin, golongan atas atau bawah, tua atau muda, lelaki atau wanita sekalipun pasti tidak akan terlepas dari ancaman musuh no.1 negara ini.
               Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk membanteras penyalahgunaan dadah bukannya menharapkan pihak-pihak tertentu sahaja..

HOSPITAL DAERAH KUDAT
Tarikh : 03.09.2013



HOSPITAL DAERAH KOTA MARUDU
Tarikh : 10.09.2013





Monday 23 September 2013

BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLAMBAT

HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA........
SELAGI ADA HARAPAN.........
BERTINDAKLAH DENGAN BIJAK...
SEBELUM TERLAMBAT.........