Friday 19 June 2015

PROGRAM OUTREACH

LAWATAN KE RUMAH

Program ini dilaksanakan setiap bulan bagi mengetahui perkembangan proses kepulihan klien disamping memberi motivasi dan sokongan terus kepada klien agar kekal berada dilandasan hidup yang sebenarnya. selain itu, mereka juga sering diingatkan tentang kepulihan dadah merupakan kepulihan sepanjang hayat dan tidak boleh dipandang remeh. mereka juga sering diingatkan agar terus berusaha dan serius dalam menangani masalah relapse.


 SESI KAUNSELING BERSAMA KLIEN SELEPAS OUTREACH DIJALANKAN




OPS BERSEPADU

TARIKH : 17/06/2015          TEMPAT : KOTA MARUDU

AADK  telah dijemput bagi menyertai Operasi Bersepadu bersama-sama dengan PDRM dan Jabatan Alam Sekitar. Operasi ini diketuai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Hasil operasi seramai 13 orang menjalani ujian saringan urin dan dua orang didapati positif dadah jenis syabu namun hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek yang pada awalnya mengaku mempunyai kad pengenalan diri tetapi tertinggal dirumah merupakan rekaan semata-mata bagi mengaburi pihak berkuasa. Kami mendapati kedua-dua suspek tiada kad pengenalan mahupun dokumen pengenalan yang sah. Oleh itu kes tersebut telah diserahkan kepada PDRM dan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.




Thursday 18 June 2015

PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR AWAM

TARIKH : 16/06/2015                              TEMPAT : HOSPITAL DAERAH KUDAT

AADK Kudat telah dijemput untuk mengadakan program sempena aktiviti tahunan pihak hospital. saringan ujian air kencing antara yang dilaksanakan serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi membincangkan masalah dan isu-isu semasa berkenaan masalah dadah.











PROGRAM KEAGAMAAN & MATRIK

TAJUK : PENGURUSAN JENAZAH
TARIKH : 13/06/2015 (SABTU)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : SURAU TINGKAT 3, PEJABAT DAERAH KUDAT

AADK Kudat merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Amiruddin bin Mohd Arif serta rombongan atas kesudian membantu dalam melaksanakan program ini. Mudah-mudahan program ini dapat memberi sedikit ilmu dan pengetahuan tentang pengurusan jenazah kepada OKP malah staf AADK Kudat.








PROGRAM KELUARGA BEBAS DADAH

PERTANDINGAN KUIZ ANTIDADAH DAN SLOGAN KELUARGA

Tarikh : 12 Jun 2015                 Tempat : Dataran Esplanade Sidek, Kudat

Pertandingan ini dibuka kepada orang awam yang hadir sempena Festival Kudat yang berlangsung pada 11 hingga 14 Jun 2015 di Dataran Esplanade Sidek, Daerah Kudat

Pertandingan ini telah mendapat sambutan dikalangan pengunjung-pengunjung gerai pameran. Pemenang bagi pertandingan kuiz antidadah akan dipilih seramai 30 orang dari 65 penyertaan manakalah pertandingan slogan keluarga pula pemenang dipilih seramai 10 keluarga dari 30 penyertaan .






ANTARA PEMENANG PERTANDINGAN KUIZ & SLOGAN KELUARGA BENCI DADAH





PROGRAM TEH TARIK

"TEH TARIK SESEDAP RASA...
AMBIL DADAH HIDUP BINASA.."
TARIKH : 11 JUN 2015              MASA : 2.00 PETANG


Program ini telah dilaksanakan  hasil kerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia. Aktiviti ini merupakan salah satu acara yang dipertandingkan didalam Program Semarak 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Malaysia pada 11 Jun 2015 sempena sambutan Festival Kudat tahun 2015.
Penyertaan dibuka kepada orang ramai yang hadir pada hari tersebut.








JOHAN : MAMA ROCK

JURI : PUAN FAZILAWATI, PUAN DOREEN DAN ENCIK SAID