Wednesday 7 March 2012

KHUTBAH JUMAAT ANTIDADAH
 
  • 02.03.2012 (JUMAAT) - Program keagamaan iaitu Khutbah Jumaat Antidadah anjuran bersama pihak JHEAINS Kudat telah diadakan sekali lagi di Masjid Ar-Riyasi Kg.Tg.Kapor Daerah Kudat. Khutbah Jumaat tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Amirruddin dari AADK Negeri Sabah.
 




Tuesday 6 March 2012




Program Bual Bicara Musuh No.1 Negara "DADAH"


  • Program ini telah dianjurkan pada 26.02.2012 (Ahad) di Rumah Komuniti Kg.Pengaraban Kudat bersama Ahli-ahli panel yang dijemput khas dari Klinik Cure & Care 1 Malaysia Kota Kinabalu iaitu Tuan Hj.Tugiman bin Kayun, Timbalan Pengarah Klinik Cure & Care 1 Malaysia Papar Sabah dan Pengerusi Skuad 1 Malaysia iaitu En.Elly Kassim bin Edin.
  • Bual bicara ini sangat bermakna bagi belia-beliawanis yang hadir pada masa itu terutamanya masyarakat kampung yang berdekatan.









PROGRAM SUARA SKUAD 1 MALAYSIA AADK KUDAT 2012

Program ini telah dilaksanakan pada 28.02.2012 (Selasa) di Dataran Tomborungus Kudat. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Ahli-ahli Skuad 1 Malysia sendiri yang diketuai oleh En.Elly Kassim bin Edin selaku Pengerusi Skuad 1 Malaysia. Pengisian program ini adalah pertandingan pidato ringkas dan nyanyian.



Objektif program ini dianjurkan adalah untuk menyalurkan maklumat-maklumat penyalahgunaan dadah dan perkhidmatan AADK seperti Klinik Cure & Care , Rumah Komuniti, Pusat Khidmat, Pusat Penagihan Narkotik melalui orang awam iaitu para peserta pertandingan tersebut.

Maklumat-maklumat tersebut boleh disalurkan melalui aktiviti pertandingan pidato ringkas dimana para peserta dikehendaki menyampaikan pidato ringkas terlebih dahulu sebelum mempersembahkan lagu. Aktiviti nyanyian pula adalah salah satu cara untuk mencungkil bakat-bakat belia-beliawanis yang terpendam disamping menarik minat masyarakat setempat untuk hadir ke program.






Program ini telah mendapat sambutan yang agak baik dikalangan masyarakat setempat. Ramai yang telah memberi pandangan yang positif tentang program yang dianjurkan itu. Ada juga yang mahu program-program AADK dianjurkan di tempat mereka bagi memperkenalkan  perkhidmatan AADK  kepada masyarakat terutamanya orang-orang kampung yang masih tidak tahu lagi tentang kewujudan AADK.














"SATU SUARA, SATU MALAYSIA MEMERANGI DADAH"



Monday 5 March 2012

PELANCARAN SKUAD 1 MALAYSIA



28 Februari 2012 (Selasa) - Pelancaran Skuad 1 Malaysia telah berjaya dilaksanakan di Dataran Tomborungus Daerah Kudat sempena dengan Program Suara Skuad 1 Malaysia AADK Kudat 2012.
Pelancaran ini sangat bermakna kerana dapat menerangkan lagi tentang Skuad 1 Malaysia dan peranan-peranan ahli Skuad 1 Malaysia di dalam membantu kerajaan menangani permasalahan dadah ini.


Pelancaran ini telah dilancarkan oleh Tuan Yasin bin Nasir, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan diiringi oleh Tuan Christopher Billy, Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri Sabah.