Tuesday 17 July 2012

LATIHAD KAWAD SKUAD 1 MALAYSIA
SEMPENA PROGRAM SHIELDS 2012
DI PUSAT KO-KURIKULUM PINAWANTAI
KUDAT SABAH

Sunday 15 July 2012

Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS)

Tarikh    : 05 hingga 08 Julai 2012
Tempat  : Pusat Ko-Kurikulum Pinawantai Daerah Kudat, Sabah


 Gambar Kenangan Bersama Peserta-peserta, Fasilitator & AJK Program SHIELDS 2012

Program ini telah berjaya dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kudat bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kudat  pada 05 hingga 08 Julai 2012 di Pusat Kokurikulum Pinawantai Kudat. Turut membantu menjayakan program tersebut adalah pegawai-pegawai AADK dari Negeri Sabah, Beaufort,Tuaran, Sandakan, Labuan dan juga Tawau. Seramai 45 0rang peserta program yang terdiri dari sembilan buah sekolah sekitar Daerah Kudat iaitu SMK Kudat, SMK Kudat II, SMK Abd Rahim, SMK Abd Rahim II, SMK Lok Yuk, SMK Sikuati, SMK Sikuati II, SMK Matunggong dan SM ST.Peter.

  • Strategi utama dalam menangani masalah dadah dalam menghalang masalah dadah dari terus berleluasa dalam masyarakat adalah melalui pencegahan. Antara program yang perlu difokuskan dalam strategi ini adalah melalui Institusi Pendidikan 
  •  Pendidikan mengenai bahaya dadah adalah merupakan kompenan asas dan penting dalam memastikan para pelajar sekolah menengah agar bebas daripada pengaruh dadah. Justeru bagi mereallisasikan matlamat ini beberapa program dan aktiviti terancang perlu diambilkira.



 Remaja dan belia merupakan golongan yang paling ramai terlibat dalam penagihan dadah di Malaysia. Mereka perlu diberi kesedaran tentang bahaya dadah dan intervensi supaya mereka tidak terus terjebak dengan gejala tersebut. Oleh itu, program seperti ini perlu diterapkan dengan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan bagaimana menangani pengaruh negatif tersebut.  


Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlangsung...