Tuesday 21 February 2012

SESI DIALOG BERSAMA (OKP) JSJN DAERAH KOTA MARUDU/PITAS BERSAMA PDRM & AADK

Sesi dialog telah diadakan di Balai Polis Daerah Kota Marudu pada 19hb Januari 2012 bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kudat & Daerah Tuaran, dimana masing-masing diwakili oleh Ketua Daerah (KD) iaitu Puan Fazilawati bt Aji dan En.Asraf Hafiz b. Ruslan.

Program ini bertujuan untuk menerangkan tentang syarat-syarat pengawasan yang WAJIB dipatuhi oleh setiap OKP..Disanping itu juga Klinik Cure & Care juga turut diperkenalkan kepada OKP dan tetamu yang hadir. Program ini sangat bermakna kerana AADK dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama pihak PDRM terutamanya Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.




Thursday 2 February 2012



  •  SKUAD SATU MALAYSIA : - Sukarelawan Antidadah 1 Malaysia

  • Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1MALAYSIA) diwujudkan sejajar dengan saranan YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di dalam ucapan beliau pada awal tahun 2011 mengenai 7 komitmen utama Kementerian Dalam Negeri di mana salah satu komitmen, iaitu komitmen yang ke 7: Menggerakkan Gelombang Kesukarelaan.
  • Semangat kesukarelaan perlu diperluaskan dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya di dalam membantu kerajaan memerangi permasalahan dadah. Matlamat utama penubuhan Sukarelawan AADK (SKUAD 1MALAYSIA) ialah supaya semua sukarelawan ini bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu pihak kerajaan khususnya AADK dalam menangani masalah dan ancaman dadah.

Gabungan Sukarelawan AADK (SKUAD 1MALAYSIA) terdiri daripada Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD), Ahli Lembaga Pelawat, Rakan Antidadah (RADA), Masyarakat Antidadah (MAWADAH), Persatuan Alumni Agensi Antidadah Kebangsaan (PENDAMAI) dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

  • Objektif Skuad 1Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Membantu pihak kerajaan khususnya AADK di dalam membanteras penyalahgunaan dadah;
  2. Menggerakkan program-program dan aktiviti pencegahan dadah di dalam komuniti;
  3. Memberi sokongan dan membantu bekas-bekas penagih dadah bagi mengekalkan kepulihan total; dan
  4. Memastikan penglibatan anggota masyarakat di dalam merealisasikan masyarakat bebas dadah.