Sunday 7 July 2013

LAWATAN KE RUMAH KLIEN

PROGRAM UKHUWAH SESAMA INSAN

Tarikh    : 29.06.2013 & 05.07.2013
Tempat  : Sekitar Daerah Kudat

Program ini dilaksanakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara klien, keluarga klien dan pegawai AADK sekaligus menerangkan erti sebenar proses kepulihan kepada mereka. 

Tanpa sokongan kuat dari keluarga dan insan tersayang agak susah untuk seseorang yang terlibat dengan penagihan dadah ini untuk pulih kerana proses pemulihan seseorang perlukan sokongan yang berterusan bagi mengekalkan mereka terus berdiri dilandasan sebenar.

Proses kepulihan dadah ini merupakan proses sepanjang hayat. Perjuangan mereka dalam pemulihan tidak pernah ada titik noktahnya. Bagi mereka yang berjaya pulih sehingga kini, ianya perlu dipertahankan dan dijaga dengan baik agar ia tidak jatuh lagi. Bukan mudah untuk meraih kembali kepercayaan orang lain terhadap kita.. 

Program ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada klien yang berjaya mempertahankan proses kepulihan dan telah memberi komitmen yang baik kepada AADK.










Tuesday 2 July 2013

JELAJAH SILATURRAHIM BIKERS KUDAT

PROGRAM JELAJAH SILATURRAHIM BIKERS KUDAT
"Kesukarelaan bukan Pilihan, Ia Satu Tanggungjawab"

 


Tarikh   : 12 Jun 2013
Tempat : Kudat Sabah - Kuching Sarawak

Setinggi-tinggi tahniah & penghargaan ke atas persatuan Bikers Kudat atas komitmen yang tinggi dalam menyampaikan maklumat berkenaan penyalahgunaan dadah serta promosi Klinik Cure & Care 1Malaysia iaitu merupakan sebuah klinik rawatan perubatan dan pemulihan bagi mereka yang terlibat dengan penagihan dadah kepada masyarakat setempat.

Disamping menjalankan aktiviti konvoi jelajah ke Negeri Sarawak, ahli-ahli bikers juga ahli skuad 1malaysia AADK Kudat turut menyumbangkan tenaga dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat demi mendedahkan masalah penagihan masa kini.












TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR AGRONOMI

TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR AGRONOMI

Tempat  : Sawit Kinabalu Langkon, Kota Marudu
Tarikh   : 18 Jun 2013

Isu dadah hangat diperkatakan dan telah diisytiharkan sebagai musuh no.1 negara kerana menjadi ancaman terhadap keselamatan negara.

Pencegahan merupakan strategi utama dalam dalam menangani permasalahan dadah dari terus mengancam masyarakat dan negara. Ia juga strategi jangka panjang yang merangkumi pendidikan pencegahan dan publisiti bagi memastikan tempat kerja bebas daripada penyalahgunaan dadah.