Friday 18 October 2013

PROGRAM SKUAD 1MALAYSIA & TOMORROW LEADERS

Tarikh   : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Tempat : Rumah Komuniti Kudat (CCH)

Program ini telah berjaya dilaksanakan bersama pelajar-pelajar Pra-Universiti Daerah Kudat. Objektif program ini adalah bagi menjelaskan bahawa kesukarelaan itu bukanlah satu pilihan tetapi satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu bagi menjamin kesejahteraan & keharmonian hidup.

Selain itu, para peserta juga diterapkan nilai-nilai murni tentang seseorang pemimpin hebat memandangkan semua peserta yang hadir merupakan pelapis pemimpin masa hadapan.




Energizer 1




Peserta Terbaik Program









PROGRAM KEM SMART 2013

Tarikh   : 11-12 Oktober 2013 (Jumaat-Sabtu)
Tempat : Pusat Ko-Kurikulum Pinawantai Kudat

Kerjasama bersama GIATMARA Kudat & PPD Kudat

Dalam program ini, semua peserta diterangkan tentang bahaya dadah & kesan-kesannya terhadap individu, keluarga, masyarakat & Negara. aktiviti mencipta pantun merupakan satu cara untuk menambahkan lagi kesedaran tentang dadah. Pelbagai aktiviti menguji minda dijalankan. Selain menguji minda ada juga aktiviti yang menguji ketahanan mental & fizikal para peserta seperti aktiviti rentas halangan.

Semangat patriotik juga diterapkan didalam program ini kepada semua peserta seperti tayangan video para pejuang kemerdekaan dan pertandingan koir lagu patriotik. Dimana melalui lagu juga kita dapat menanamkan semangat cinta akan Negara & menghormati serta mengenang jasa para pejuang tanah air terutamanya yang gugur di medan pertempuran demi menjaga keselamatan Negara.

Antara aktiviti sepanjang program:

Pembahagian kumpulan

Rentas halangan

Pertandingan lagu patriotik

Perbincangan mencipta pantun
Perhimpunan pagi & menaikkan bendera

Senam Robik

Rentas halangan

Rentas halangan

Rentas halangan yang menguji kekuatan mental
Kumpulan Charlie

Peserta Lelaki & Wanita terbaik
(duduk tepi)

Kumpulan Bravo

Kumpulan Alpha




PROGRAM TOMORROW LEADERS

Tarikh     : 12.10.2013 (sabtu)
Masa      : 09.00 pagi
Tempat   : Pusat Ko-Kurikulum Pinawantai Kudat
Peserta   : Pelajar GIATMARA Kudat



Antara aktiviti dijalanakan adalah "Pesta Pantun", setiap kumpulan akan mencipta serangkap pantun bertemakan antidadah. Berikut adalah hasil pantun yang dicipta oleh peserta program.

                            "Sampai sudah di Pinawantai,
                             Di Pinawantai kita berkursus,
                             Jauhi dadah jangan kita bantai,
                             Kita bantai badan jadi kurus..."

                      "Kami datang dari jauh,
                       Ingin mendengar ceramah dadah,
                       Jangan sekali mengambil dadah,
                       Kerana dadah membawa padah..."

                             "Indah sungguh mawar merah,
                              Indah lagi bunga kencana,
                              Negara sekarang banyak masalah,
                              Kerana penyakit dadah durjana..."

                      "Ikan kelisi ikan merah,
                       sedap lagi ikan putih,
                      jangan sekali mencuba dadah,
                      merana badan nasib tak sudah..."