Tuesday 24 January 2012

PROMOSI CURE & CARE - 
Program ini telah diadakan pada 25 Disember 2011 di Daerah Kudat. Program ini telah berjaya dilaksanakan oleh AADK Kudat bersama Klinik Cure & Care Papar dan AADK Negeri Sabah serta turut dibantu oleh ahli-ahli Bikers Kudat dan klien AADK Kudat sendiri.
Konvoi Jelajah Cure & Care ini telah dimulakan dari Pejabat Daerah Kudat ke 6 buah kampung yang terpilih sekitar bandar Daerah Kudat iaitu Kg.Air, Kg.Tg.Kapor, Kg.Pengaraban, Kg.Pantai Bahagia, Kg.Muhibbah dan Kg.Landung Ayang.



Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat kampung kerana dengan program ini mereka tahu tentang kewujudan AADK Kudat serta Klinik Cure & Care 1 Malaysia dimana mereka sedar masih ada jalan untuk mereka yang ingin pulih sepenuhnya dari gejala penyalahgunaan dadah ini.



Program ini telah disertai 10 orang ahli Kudat Bikers dan 10 orang klien AADK Kudat yang diketuai oleh PRS sendiri.

Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Puan Dayang Siti Rohani binti Sedan iaitu Penolong Pengarah AADK Negeri Sabah.

1 comment: