Tuesday 6 March 2012


PROGRAM SUARA SKUAD 1 MALAYSIA AADK KUDAT 2012

Program ini telah dilaksanakan pada 28.02.2012 (Selasa) di Dataran Tomborungus Kudat. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Ahli-ahli Skuad 1 Malysia sendiri yang diketuai oleh En.Elly Kassim bin Edin selaku Pengerusi Skuad 1 Malaysia. Pengisian program ini adalah pertandingan pidato ringkas dan nyanyian.



Objektif program ini dianjurkan adalah untuk menyalurkan maklumat-maklumat penyalahgunaan dadah dan perkhidmatan AADK seperti Klinik Cure & Care , Rumah Komuniti, Pusat Khidmat, Pusat Penagihan Narkotik melalui orang awam iaitu para peserta pertandingan tersebut.

Maklumat-maklumat tersebut boleh disalurkan melalui aktiviti pertandingan pidato ringkas dimana para peserta dikehendaki menyampaikan pidato ringkas terlebih dahulu sebelum mempersembahkan lagu. Aktiviti nyanyian pula adalah salah satu cara untuk mencungkil bakat-bakat belia-beliawanis yang terpendam disamping menarik minat masyarakat setempat untuk hadir ke program.






Program ini telah mendapat sambutan yang agak baik dikalangan masyarakat setempat. Ramai yang telah memberi pandangan yang positif tentang program yang dianjurkan itu. Ada juga yang mahu program-program AADK dianjurkan di tempat mereka bagi memperkenalkan  perkhidmatan AADK  kepada masyarakat terutamanya orang-orang kampung yang masih tidak tahu lagi tentang kewujudan AADK.














"SATU SUARA, SATU MALAYSIA MEMERANGI DADAH"



No comments:

Post a Comment