Thursday 4 October 2012

 

HIV juga sering dikaitkan dengan penagih dadah, kenapa???

Meskipun terdapat usaha Kerajaan untuk mencapai Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2015, kejadian penyalahgunaan dadah di Malaysia, terutamanya di kalangan bahagian masyarakat yang terpinggir dari segi sosioekonomi dan di kalangan pelajar dan golongan muda, terus meningkat.

  •                HIV ialah akronim kepada Human Immunodeficiency Virus. Ianya virus yang menyerang sistem pertahanan badan yang membuatkan mereka yang dijangkiti HIV menjadi lemah dan mudah terdedah kepadapelbagai penyakit.
Pembawa HIV dipanggil People Living with HIV (PLHIV). Apabila mereka dijangkiti penyakit-penyakit tertentu maka mereka dipanggil mengidap AIDS.

AIDS pula adalah akronim kepada Acquired Immunodeficiency Syndrome.

AIDS sering disalahfaham sebagai satu penyakit. Hakikatnya TIDAK kerana AIDS merujuk kepada sekumpulan penyakit yang biasa dihidapi oleh pembawa HIV. Ianya dinamakan Jangkitan Opportunistik (JO).

JO merupakan jangkitan yang “mengambil kesempatan” kerana kelemahan sistem daya tahan badan. Ada lebih kurang 30 JO yang diklasifikasikan sebagai AIDS.

JO hanyalah merupakan penyakit biasa yang mungkin dihidapi oleh sesiapa sahaja tetapi kerana mereka bukan pembawa HIV maka mereka tidak dipanggil pesakit AIDS.

Contohnya penyakit TB. Jika bukan pembawa HIV, mereka dipanggil pesakit TB tetapi jika pembawa HIV, mereka dikatakan mengidap AIDS.
Punca jangkitan HIV hanyalah melalui: 
  • Perhubungan seks tanpa kondom dengan orang yang telah dijangkiti HIV, di mana berlaku pemindahan cecair badan seperti air mani, air mazi, bendalir faraj atau darah (termasuk darah haid) dari tubuh orang yang telah dijangkiti HIV itu ke tubuh orang yang lain.
  •   Melalui darah yang telah dicemari dengan HIV, umpamanya melalui jarum suntikan yang tidak disteril, pemindahan darah dan organ-organ badan.
  •  Melalui ibu yang telah dijangkiti HIV kepada anaknya semasa kehamilan, kelahiran atau memberi susu badan.
  • Pemindahan darah / organ 
 HIV tidak akan berjangkit melalui sentuhan, bergaul, berkongsi makanan, tandas, peralatan, bersukan, berpelukan, ciuman dan apa sahaja selagi tidak melibatkan punca-punca di atas

No comments:

Post a Comment