Friday 23 November 2012

USAHA SELAGI ADA HARAPAN

USAHA SELAGI ADA HARAPAN
(Episod 1) 
Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah TETAPI mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah 
Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah
              Bermulanya perjalanan kerjayaku sejak tahun 2008 lagi, bermacam-macam ku harungi demi tanggungjawab yang telah diberikan kepadaku. Kadang mengeluh juga dengan bebanan tugas yang semakin bertimbun tetapi harusku ingat juga inilah jalan yang ku pilih sendiri. Ahhh....aku mesti boleh harungi semua dugaan ini. Aku masih ingat lagi di hari pertama melapor diri di Kota Kinabalu, mantan pengarah pernah berkata "sapa suru pilih kerja ni, kamu yang datang sendiri bukan kami yang cari.." pasti ku ingat ayat ni bila dilanda masalah kerja.Tapi mak ku selalu ingatkan "bersyukur la nak dengan apa yg ada sekarang ni,ramai lagi orang diluar sana yang berkelulusan tinggi yang masih belum dapat kerja, jadi sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi kita tidak kira la banyak atau sedikit."
            Kugagahi juga tubuh ini masuk ke keretaku yang sememangnya menjadi temanku ke mana sahaja untuk melaksanakan tugas. Lagu Bertamu Dikalbu jadi penghiburku sepanjang perjalanan. alangkah bagusnya kalau aku ada pemandu peribadi,siap dengan bodyguard lagi. Wah mesti best. tiba-tiba khayalanku dimatikan oleh bunyi telefon bimbitku..Alamak rupanya reminder...terkejut gue..Hari ini aku diberi tugas untuk membuat lawatan ke rumah (outreach) klien yang terpilih,dimana mereka ini adalah klien yang telah dikenalpasti tahap kepulihan mereka begitu baik sekali selepas menerima rawatan di Klinik Cure & Care 1 Malaysia. Aku masih teringat lagi bagaimana masyarakat sering mempersoalkan isu kepulihan seorang penagih dadah. Masih jelas lagi di memori otak ini soalan-soalan yang selalu menghujani kami setiap kali membuat pameran atau program-program pencegahan "Comfirm boleh pulih kah kalau masuk klinik? penagih dadah boleh dipulihkan kah? berkesan kah klinik itu?" macam-macam lagi soalan cepu emas yang kami terima. ada juga yang beranggapan masuk klinik buang masa sahaja, bina klinik buang duit kerajaan sahaja, ada juga yang sanggup berkata "tembak sahaja penagih itu habis kes, tak payah masuk klinik".. pedih juga telinga ni mendengar... mereka manusia juga, walaupun banyak jenayah-jenayah yang berlaku melibatkan penagih dadah tapi harus di ingat bukan semua yang begitu.
          Susah juga nak memahami fi'il setiap manusia di dunia ni. Tapi yang jelas sekali disini, sebut sahaja penagih dadah ramai yang akan berfikiran negatif. Aku pernah bertanya dengan diriku sendiri "bolehkah seorang  penagih ini berubah?" di sini lah bermulanya sifat ingin tahu itu menguasai mindaku. Terdetik dihati ingin membuat testimoni untuk rawatan dan pemulihan bagi seorang penagih dadah.. Ingat produk kecantikan sahaja  yang ada testimoni, AADK pun ada testimoni tau...hehehe..
Disinilah juga aku berkenalan dengan Aidil (bukan nama sebenar) seorang yang pernah terlibat dengan penagihan. rupa-rupanya dia merupakan adik kepada teman sekolahku dahulu. Terdetik dihati ini ingin membantu selagi terdaya. Aku selalu ingatkan kepada keluarganya  "Perubahan seseorang itu bergantung kepada individu itu sendiri tetapi tanpa sokongan yang kuat agak susah untuk membuat perubahan, apatah lagi yang sudah melibatkan dadah" angguk-angguk juga keluarganya mendengar aku berceramah ringkas sekejap. Lega hatiku akhirnya mereka faham juga apa yang ku sampaikan..Alhamdulillah.. aku terangkan juga 'Apa sokongan yang dimaksudkan'.. saat itu juga la aku terangkan sokongan itu seperti sokongan dari orang yang terdekat seperti keluarga dan yang paling baik sekarang adalah sokongan dari AADK. Mula la aku terangkan perkhidmatan Klinik Cure & Care 1 Malaysia. macam saleswoman dah aku...hahaha..tapi aku bukan saleswoman ok...Aku tekankan sekali lagi KAMI CUMA MEMBANTU apa yang patut.

Aku mula mendengar cerita dari sahabatku bersama ibunya... menyayat hati juga bila ku dengar cerita mereka. Adui...aku tak boleh dengar cerita sedih mesti mau nangis...apa lagi bila melibatkan ibubapa...tapi ku tahan juga..keesokan harinya aku dibawa berjumpa dengan Aidil (bukan nama sebenar), Aduh...tergamam aku....   
(BERSAMBUNG episod 2)



No comments:

Post a Comment