Tuesday 24 September 2013

TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR AWAM

Program pencegahan di tempat kerja telah dilaksanakan pada 03 September 2013 di Hospital Daerah Kudat dan 10 September di Hospital Daerah Kota Marudu. Objektif program ini adalah menyampaikan maklumat bagi penyalahgunaan dadah dikalangan kakitangan awam dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil oleh individu serta majikan.
                Program sebegini sangat penting kerana ancaman dadah musuh no.1 negara ini sangat berbahaya kepada individu,keluarga,masyarakat dan negara. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak samada kakitangan awam atau bukan kerana masalah ini boleh memusnahkan masa depan generasi akan datang jika tidak dibendung. Ancaman dadah juga tidak mengenal siapa pun samada kaya atau miskin, golongan atas atau bawah, tua atau muda, lelaki atau wanita sekalipun pasti tidak akan terlepas dari ancaman musuh no.1 negara ini.
               Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk membanteras penyalahgunaan dadah bukannya menharapkan pihak-pihak tertentu sahaja..

HOSPITAL DAERAH KUDAT
Tarikh : 03.09.2013



HOSPITAL DAERAH KOTA MARUDU
Tarikh : 10.09.2013





No comments:

Post a Comment