Friday 18 October 2013

PROGRAM KEM SMART 2013

Tarikh   : 11-12 Oktober 2013 (Jumaat-Sabtu)
Tempat : Pusat Ko-Kurikulum Pinawantai Kudat

Kerjasama bersama GIATMARA Kudat & PPD Kudat

Dalam program ini, semua peserta diterangkan tentang bahaya dadah & kesan-kesannya terhadap individu, keluarga, masyarakat & Negara. aktiviti mencipta pantun merupakan satu cara untuk menambahkan lagi kesedaran tentang dadah. Pelbagai aktiviti menguji minda dijalankan. Selain menguji minda ada juga aktiviti yang menguji ketahanan mental & fizikal para peserta seperti aktiviti rentas halangan.

Semangat patriotik juga diterapkan didalam program ini kepada semua peserta seperti tayangan video para pejuang kemerdekaan dan pertandingan koir lagu patriotik. Dimana melalui lagu juga kita dapat menanamkan semangat cinta akan Negara & menghormati serta mengenang jasa para pejuang tanah air terutamanya yang gugur di medan pertempuran demi menjaga keselamatan Negara.

Antara aktiviti sepanjang program:

Pembahagian kumpulan

Rentas halangan

Pertandingan lagu patriotik

Perbincangan mencipta pantun
Perhimpunan pagi & menaikkan bendera

Senam Robik

Rentas halangan

Rentas halangan

Rentas halangan yang menguji kekuatan mental
Kumpulan Charlie

Peserta Lelaki & Wanita terbaik
(duduk tepi)

Kumpulan Bravo

Kumpulan Alpha




No comments:

Post a Comment