Friday 12 December 2014

PROGRAM MATRIK & ORIENTASI

Tarikh : 05.12.2014 (klien Kudat)  07.12.2014 (klien Kota Marudu-Pitas)
Masa   : 09.00 pagi
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia (Kudat), Dataran Kota Marudu (Kota Marudu)

Program Matrik adalah salah satu program bulanan yang wajib dilaksanakan untuk klien-klien yang menjalani rawatan serta pengawasan selama 2 Tahun. Terdapat pelbagai isu yang dibangkitkan setiap sesi dilaksanakan berkaitan dengan kepulihan dadah mengikut garis panduan yang telah disediakan.

Mengikuti program pemulihan juga adalah salah satu syarat pengawasan yang wajib dipatuhi oleh semua Orang Kena Pengawasan (OKP) seperti yang terkandung di dalam borang Perintah Mahkamah mahupun sukarela yang juga telah ditandatangani oleh OKP itu sendiri.

Sesiapa yang ingkar boleh dikenakan tindakan langgar syarat iaitu hukuman penjara selama 3 tahun dan sebatan 3 kali.









No comments:

Post a Comment