Friday 12 December 2014

PROGRAM BERFOKUS "KAMI GEMPUR BASMI DADAH"

Tarikh   : 06 Disember 2014
Tempat : Kg.Gumpa Daerah Kudat, Sabah

Program ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama JKKK Kampung, Persatuan Belia Kesukarelaan Kudat, Skuad 1Malaysia serta Jabatan Penerangan Kudat.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah tarik tali, sepak takraw, pertandingan kuih tradisional serta sukaneka kanak-kanak.

Bagi pertandingan tarik tali dan sepak takraw kumpulan dibahagikan mengikut lorong perumahan manakala pertandingan kuih tradisional pula penyertaan terbuka kepada penduduk kampung.

Acara sukaneka kanak-kanak telah disertai seramai 55 orang kanak-kanak, acara kuih tradisional pula mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu 25 penyertaan manakalah acara tarik tali dan sepak takraw masing-masing disertai mengikut lorong perumahan kampung iaitu 6 lorong bersamaan dengan 6 kumpulan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.


                                          senam robik 1Malaysia yang diketuai oleh PRS Kudat

 acara tarik tali


 acara kuih tradisional

 antara kuih tradisional yang dipertandingkan

penilaian kuih tradisional




 sukaneka kanak-kanak




 












No comments:

Post a Comment