Monday 4 May 2015

KEM MAJU DIRI PELAJAR 1MALAYSIA TAHUN 2015


TARIKH : 16-19 MAC 2015 
TEMPAT : PUSAT KO-KURIKULUM PINAWANTAI KUDAT SABAH

Program ini dianjurkan oleh PEMADAM Negeri Sabah kerjasama AADK Negeri Sabah dimana Puan Jossie sebagai penyelaras program dan Puan Fazilawati selaku ketua urusetia program. 

Program ini telah dirasmikan oleh YB.Datuk Lasiah Baranting@Anita, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merangkap naib pengerusi PEMADAM Negeri Sabah..

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat iaitu AADK Negeri Sabah, AADK Tuaran, AADK Labuan, PRS AADK Kudat, Skuad 1Malaysia AADK Kudat..kami mengucapkan terima kasih atas komitmen anda semua..

Terima kasih juga kepada PPD Kota Marudu dan Kudat atas kerjasama yang diberikan.. kepada Tuan Said iaitu penyelaras pusat ko-kurikulum Pinawantai kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu kami dalam menjayakan program ini sehingga kem ini diiktiraf sebagai kem 5 bintang setakat ini yang pernah dianjurkan di pusat ko pinawantai..

Kepada peserta kem, terima kasih atas kerjasama yang diberikan. kami harap adik-adik semua menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. kami harap pengalaman adik-adik dalam kem ini sedikit sebanyak memberi sedikit perubahan positif dalam kehidupan seharian adik-adik semua.. semoga kita berjumpa lagi.

Sekian..

Ikhlas dari admin










































No comments:

Post a Comment